Friday, 30 December 2016
AWAK CARI SAYA KE ?
Nama aku Danial aku baru menyewa dekat sebuah rumah flat, aku kerja bantu uruskan restoran dengan bapa saudara aku kerja aku dari petang sampai ke tengah malam. Rumah flat bapa saudara aku yang bayarkan aku tinggal sorang sebab senang kalau keluarga aku datang.
Setiap malam aku akan dengar orang main guli, tumbuk sambal guna lesung dan ubah perabot, kalau aku balik pukul dua pagi buka pintu bunyi bunyi tu yang aku dengar mula2 aku biarkan je, makin lama makin geram pulak aku rasa macam nak pergi marah, tapi tingkat atas tak ramai penghuni lepas tu lampu koridor malap aku rasa seram pulak.
Satu malam aku balik masa tengah tunggu lif ada seorang perempuan dukung budak perempuan dalam umur 3 tahun tengah tidur, aku nak tegur takut bini orang nanti tak pasal2 lebam pulak biji mata aku nie, perempuan tu duduk tingkat atas sebab dia tekan tingkat 8.
Dalam pukul 4 pagi masa tu aku tak boleh tidur tak tahu sebab apa tiba tiba aku terdengar suara budak menangis di ikuti suara perempuan menangis, aku cuba cari dari mana tapi tak pasti sama ada dari tingkat atas atau tingkat lain, makin lama suara tu hilang.
Satu hari aku cuti tengah aku duduk dekat koridor hisap vape, aku nampak perempuan tu balik dengan anak dia aku naik atas tunggu lif terbuka, tiba tiba aku rasa ada yang tepuk bahu aku bila aku pusing tak ada sesiapa, tengok2 perempuan tu dah nak masuk rumah dan paling seronok rumah perempuan tu atas rumah aku, senang aku nak tanya apa yang dia masak tengah2 malam.
Jiran sebelah aku buat kenduri doa selamat lepas asar, makan percuma siapa yang tak nak walaupun aku tak berapa kenal sangat dengan jiran aku, tapi masa kenduri macam nie la aku nak kenal dengan jiran2 aku, aku kenal dengan jiran bawah rumah aku nama pak majid.
Peluang yang tak sepatutnya aku lepaskan lagipun pak majid ketua penduduk mesti dia kenal semua penghuni, boleh aku tanya pasal perempuan atas rumah aku. Pak majid tanya aku malam2 ada dengar bunyi tak dari rumah tingkat atas.
Aku pun jawab ya, pak majid cakap hiraukan banyakkan berzikir dan membaca al quran, macam pelik pulak bukan rumah aku ada gangguan rumah atas. Sekali bila pak majid cakap rumah atas rumah aku pernah jadi kes bunuh macam nak tersembur nasi dalam mulut aku.
Rumah atas aku pernah di huni oleh satu keluarga, suami isteri dan seorang anak perempuan diaorg hidup bahagia sehinggalah si suami jadi penagih dadah, satu hari akibat tak ada duit nak beli dadah si suami sembelih isteri dan anak dia.
Sekarang suami perempuan tu tengah jalani hukuman penjara, mula aku rasa takut malam sebab takut terjumpa perempuan tu dengan anak dia, nasib aku tak tegur kalau aku tegur tak tau la.
Hujung minggu hari paling ramai makan dekat restoran, jadi aku pun kena balik lewat pukul 3 pagi badan letih jangan nak cakap la ingat bantal je. Sampai je dekat rumah kepala aku kiri kanan aku pusing aku naik tangga sebab takut terserempak dengan perempuan tu kalau naik lif.
Sampai depan pintu aku tengah buka pintu, tiba tiba aku dengar suara, "Awak cari saya ke?" Lembut je suara aku pun pusing belakang tengok siapa, lembut lutut nak pengsan semua ada sebab aku nampak perempuan yang aku jumpa dengan anak dia dengan kepala senget leher macam nak putus ada depan aku.
Aku pengsan depan pintu jiran sebelah aku jumpa aku dekat koridor pengsan, pak majid call bapak saudara aku bila aku sedar semua tanya kenapa aku boleh pengsan depan pintu, pak cik aku perli aku cakap kalau mengantuk pun masuk la rumah dulu.
Aku di beri cuti seminggu balik kampung dua tiga malam jugak aku mimpi perempuan tu dengan anak dia pertanyaan yang sama jugak perempuan tu cakap "Awak cari saya ke?" Seram sampai aku meracau masa tidur lepas kejadian tu aku dapat kerja dekat syarikat berdekatan rumah aku.
Kredit : Kisah Seram