Baiklah hari ini saya hendak kongsi cerita semasa dari pengalaman ibu saya, adik, jiran dan juga saya sendiri mengenai rumah tinggal yang betul-betul terletak dibelakang rumah ibu saya.
Ibu ada bercerita tentang rasa seramnya, melihat rumah itu, apabila menjelangnya waktu senja, pada saya. Saya hanya mengetawakan ibu, kerana saya menganggap ibu saya suka sangat memerhatikan rumah yang tidak berpenghuni itu. Kadang-kala mata kita mempermainkan perasaan kita. itulah yang saya fikirkan selama ini. Bila pukul 6 petang ibu akan menjatuhkan kain langsir dapurnya dan akan dinaikkan semula bila mentari menyingsing tinggi. Bergitulah setiap hari rutin ibu mengerjakan langsirnya.
Adik lelaki saya pula semasa pulang bercuti dulu ada bercerita pada saya dan adik beradik yang lain tentang suatu malam, dia telah membuka tingkap dapur meluas kerana malam itu sangatlah panas membahang. Takkanlah didapur pun ibu hendak memasang aircon, tu dah melampau. Walau disetiap ruang ada aircon dalam rumah tua kami ini. Adik saya sedang melayan rokoknya didapur tetiba dia terdengar bunyi sesuatu diluar, bila dia palingkan muka, Alamak...nak lari, hilanglah kejantanannya...hendak terus duduk peluh makin mencurah-curah. Satu tubuh besar berwarna cokelat kehitaman, berdiri tegak dengan mata merah memerhatikannya...adik saya cuba menjerit memanggil yang lain tapi kotak suaranya blockout!...nasib baiklah isterinya datang mencarinya didapur. Lantas disuruhnya isterinya menutupi tingkap sliding itu. Tanpa memberitahu apa yang telah berlaku, yang peliknya semasa isterinya tutup tingkap benda alah tu masih ade lagi...
Keesokkan baru diceritakan pada kami...hai apa lagi ibu semakin takut.
Pagi tadi jiran ibu saya, makcik midah menceritakan pada ibu dan saya juga ( tumpang dengar borak org tua2) semasa hujan ribut semalam (15/10), dia berlari kedapur kerana hendak menutupi pintunya, tetiba dia ternampak seraup wajah ditingkap atas yang terbuka itu. Kebetulan dapur makcik itu berhadapan dengan tingkap terbuka itu. Secepat kilat makcik itu menutupi pintunya, Ini kerana semua orang tahu rumah itu tiada penghuni, hanya setahun sekali tuan rumah itu akan balik untuk sehari dua sahaja. Kemudian rumah itu kembali sepi!
Bergitulah juga keadaan dikawasan kediaman ibu saya. Semua anak-anak sudah merantau jauh meninggalkan ibu atau bapa masing-masing yang sudah berpencen, yang ada hanya ibu-ibu tua, atau pasangan tua yang kesepian termasuk ibu saya. Itu sebab saya terpaksa pindah kekampung hanya untuk menemani ibu, tambahan sesudah permergian arwah abah. Ibu semakin sepi.
Hanya saya dan anak2 saya yang meriuhkan rumah ibu yang saya jagai ini. Walaupun saya setiap subuh akan balik kerumah sendiri yang terletak berdekatan dengan rumah ibu juga. Untuk urusan sekolah anak-anak. Jika saya bertugas, kakak akan datang menemani ibu pula. Ok back to our story.....
Sehari dua ini saya juga turut rasa tidak sedap hati, biasalah bila saya didapur, memasak saya akan buka tingkap seluas alam...ya memang benar cerita ibu, bila kita tengah basuh pinggan terasa seolah ade benda yang memerhatikan kita dari tingkap atas rumah tersebut. Memang tingkap dapur kami mengadap rumah itu. Hari-hari saya akan memerhatikan rumah itu kerana saya ingin pastikan cerita yang saya dengar.
Apa yang saya nampak atau perasan, saya akan menganggapkan itu hanya mainan mata sahaja. Memang benar cerita-cerita yang saya dengar, memang rumah tersebut sudah berpenghuni bukan manusia tetapi benda halus yang menumpang kini. Jadi benarlah kata orang tua-tua..rumah jika ditinggalkan cukup 3 hari, adalah benda halus akan mendudukinya....Sebagai umat Islam dalam rumah kita mesti sering membaca ayat2 al quran atau yassin sebagai "pendindingnya"