Tuesday, 3 January 2017

HISTERIA


Cerita ni, based on experience sendiri lah, masa tahun 2008. Masa tu habis SPM, and continue study dekat satu kolej swasta dekat Cheras. Ok, mula-muka fikir, tak kanlah dekat kawasan kota raya yang serba serbi moden ni ada hantu, memang di tepis habis, tapi rupanya hantu nya lagi hardcore. Kawasan kondo ni, merupakan kawasan yang baru diteroka. Sebabnya, sebelum tu, kakak aku dah berhijrah dulu dekat kawasan tersebut, lebih kurang pada tahun 2003. Masa tu baru berkahwin, dia stay dekat kawasan yang berhampiran dengan kondo yang aku tinggal ni, konon-konon nak ambik mood lepas berkahwin, honeymoon dekat rumah sendiri, acah-acah duduk dekat balkoni, hurmmm.. cantik je Cik Pon berterbangan, so diaorang laki bini, bertempiaran berlari masuk ke dalam rumah. Rumah tu, memang agak "panas", tuan rumah merupakan seorang china. Sempat tinggal dekat rumah tu, dalam lebih kurang 3 bulan sahaja, selepas tu, dia terus berpindah ke Bandar Tun Hussein Onn. Ingat kan, dah tak adalah gangguan, rupanya ada lagi. Tapi nanti aku cerita. Ni aku cerita dulu, kondo yang pihak kolej sediakan ni.



Ok, alkisahnya, selepas sahaja hari pendaftran kolej, pada awal April 2008, aku dan 9 orang lagi, di tempatkan di sebuah kawasan bandar baru, sekitar Balakong. Ok, kondo yang menempatkan kami ni, kira agak terceruk lah, nama pun kawasan barukan. So ada 5 block, dan rumah aku kira y paling belakang, dekat 6th floor. Environment memang cantiklah, ada swimming pool. Lepas tu, masih ada suasana hijau-hijau. So nak di jadikan cerita, 1/2 daripada penghuni kondo adalah student, yang lain-lain tu, adalah orang luar. So nama pun student, memang haru biru sikitlah, riuh dengan student. Berbalik pada cerita aku ni, 1 rumah, ada 10 student. So rumah aku, ada 10 orang lah penghuniya, dan ada 3 bilik. Bilik aku, bilik yang pertama, menempatkan aku dengan seorang lagi roomate aku.



Bilik yang ke 2,  4 orang, Master bed, pun 4 orang. so master bed, penghuninya semua dari kelantan dan terengganu. Biasalah, hari 1stkan, tak kenal, so macam ada puak sedikit. So, bilik aku ni berhampiran dengan bilik air, bukak pintu je, terus nampak bilik air dan hall.sebelah bilik air, ade satu pintu yang menghubungkan hall dan dapur. Ok, first impression masuk rumah, semua ok. Dapur cantik, hall besar. All meja study, ada 10 buah, semua dekat hall. Settle pembahagian bilik, aku dilantik sebagai penolong ketua rumah, ketua rumah pula, adalah roomate aku. Kira dia paling seniorlah. Malam tu, selepas maghrib, bilik aku dan bilik tengah(bilik no 2), decide nak pergi makan. Kami usha budak master bed, semua dah keluar, so kami pun bersiap-siap nak turun makan. Pintu dapur dan pintu bilik, semua kami tutup, termasuklah lampu, cuma satu lampu je yang kami bukak. So kunci ada pada budak master bed, sebb dieorg yang keluar dulu. so confirm dieorg yang akan blik dulu. So kami ber 6 dengan riang ria, turun pergi makan, dan sambil usha-usha kedai yang berhampiran.




Lebih kurang dalam 9.30 kami pun naik ke rumah. Di sebabkan kami masih tak ada kunci rumah, so budak masterbed pun, memang dah ada dekat rumah, kami confident ketuk pintu macam nak roboh, takut dieorang tak dengarkan. Lama jugaklah, kami menunggu kat luar ni, selang beberapa minit kemudian, pintu pun di bukak.Kami terkejut gila, sebab muka kawan kami tu pucat sangat, lepas bukak pintu dia terus berlari masuk ke bilik. So kami pun tergesa-gesa masuklah, dan berlari menuju ke bilik master. Keadaan masa tu memang macam tengah kucar-kacir, masing-masing ketakutan. So kami pun  tanya lah kenapa. Budak-budak masterbed tanya kami, kami tinggalkan rumah dengan pintu tak berkunci ke, dengan semua lampu terbukak ke? sebabnya, dia orang cakap, masa dia orang balik, rumah tak berkunci, dan lampu semua menyala, termasuk lah lampu setiap bilik. So diaorang confident yang kami ni tak keluar dan ada dalam dalam rumah. Dia orang masuk kunci pintu dan masuk ke dalam bilik.



Dan dia orang siap cakap lagi, masa diaorang kat dalam bilik, siap nampak bayang orang berjalan melalui bawah pintu, suara orang berborak dari hall, seolah-olah macam kami semua ada dekat dalam rumah. Pastu tak lama sebelum kami balik, lampu dalam bilik mereka berkelip-kelip, tak lama lepas tu, diaorang terdengar pintu rumah di ketuk, suara kami ber 6 memberi salam. Tu yang mereka berempat terkejut. Kami berpandangan sesama sendiri, dan cuma cakap, bertenanglah.. tak ada apa-apa, tempat baru ni.



Ok kejadian tu tak terhenti setakat tu sahaja, ada macam-macam lagi kejadian pelik-pelik. Selama seminggu jugaklah, kami ni setakat tidur ayam-ayam sahaja. Nanti aku cerita lagi ye, apa lagi gangguan yang ada, sampailah, kami terpaksa berubat, 2 orang kawan kami berhenti belajar, guard tidur depan rumah kami. dan yang paling seram, siap dia berani tunjukkan diri.



Seminggu kami duduk rumah tu, rasa sangat-sangat seram. Bila senja, suasana jadi sejuk, suram dan sunyi. Kawasan kondo kami tu, terperuk ke dalam. Di tepi jalan, tapi bukanlah di jalan main road.Kenderaan yang akan lalu jalan tersebut pun, sama ada penghuni kondo atau taman sebelah. So sedikit sebanyak memang menambahkan keangkeran tersebut.



Hari ke dua dan ketiga, kami tak punya gangguan apa-apa. So bagi kami, kejadian pada hari pertama tu, salam perkenalan. Lagi pun silap kami jugaklah, rumah tu di masuk dengan keadaan kosong. Hari ke 2 barulah kami basuh rumah, walaupun pada mata kasar rumah tu kelihatan sangat-sangat bersih. Oh ye, lupa nak bagitahu, block yang kami tinggal ni, mempunyai 14 floor. Dan kami terletak di tingkat yang ke 6. Floor kami mempunyai 8 buah rumah.So bila keluar lif, arah rumah kami adala sebelah kiri. kira kedudukan setiap rumah, bertentangan, 4 di sebalh kiri lif, 4 lagi di sebah kanan lif. So floor 6, cuma ada 2 buah rumah student, yang selebihnya merupakan, rumah penghuni biasa, tapi, rasanya jiran-jiran kami jarang ada di rumah.



So berbalik pada kejadian di rumah, pada awalnya, kami tak mengesyaki apa-apa, kiranya housemate semua, hati sado. Malas nak ambik port. Rata-rata 3-3 buah bilik, lebih gemar port dalam bilik. Luar tu, cuma tempat makan, study pun kebanyakkan nya pun dalam bilik. Tapi masa tu, kelas tak bermula lagi, so segala aktiviti memang banyak di buat dalam bilik. So hari ke empat, kami berbincang untuk mengadakan bacaan yassin di hall rumah.Pun sebenarnya gak lambat, maklumlah hari ke 2 dan ke 3 busy mengemas rumah, kemas barang-barang, maklumlah, 3 tahun nak duduk rumah tu kan, oh, ada benda nak bagi tahu ni, roomate aku ada bela ikan emas. Cantik ikan emas tu, dia letak dalam balang bulat letak di tengah meja makan yang terletak di hall.



Seperti yang di janjikan, hari ke 4, usai sembahyang maghrib, kami 10 orang berkumpul di tengah rumah, dan mengadakan bacaan yaasin.Kami baca ya'sin tu sebanyak 3x. Sepanjang bacaan yaasin itu diadakan, suara anjing menyalak-nyalak bersahut-sahutan. Dan kami semua, nampak dan dengar jelas, suara riuh rendah di luar rumah, di hadapan pintu rumah kami, kami nampak bayang-bayang tu, kami teruskan juga bacaan Ya'sin tu. Makin lama, suara anjing menyalak, semakin hilang, begitu juga dengan suara riuh rendah dekat luar rumah. Selesai bacaan ya'sin, kami sembahyang Isyak. Habis sahaja solat isyak, kami semua duduk berbual di masterbed, masa tu semua, tak ada rasa apa-apa yang pelik, kejadian yang berlaku sewaktu kami membaca ya'sin tu, tak ada seorang yang bersuara. Tiba-tiba 2 orang kawan kami, bercadang hendak ke dapur, uda dan kecik. So baki 8 ni, masih lagi berada dalam masterbed, dok rancak berborak, pasal kolej. Tiba-tiba kami terdiam, sebab kami yang berlapan, dengar dengan jelas suara orang perempuan menangis, mendayu-dayu, huuuuuuuuu huuuuuuu ~~~ yang jelas kedengaran dari ruang hall. Saya bersuara "Siapa menangis? Kecik kau menangis ke?" aku jerit dari dalam bilik masterbed.



Kecik dan uda berlari masuk ke dalam masterbed. "Eh, kenapa?mana ada kecik menangis, kecik main dengan anak ikan emas kak siti, ude kat dapur.kitaorang tak dengar pun, Ude dengar?" kecik menjawab.Ude menggeleng kepala. Kami berpandangan. Masa tu jugaklah kedengaran anjing menyalak lagi. Tiba-tiba, Dekna menjerit. Dia tutup muka. Dah kenapa pulak. "Eh kau kenpa ni,dekna?" "Tu dekat tingkap tu langsir tu." Sambil tangan dia menujuk ke arah langsir. Masing-masing dah berhimpit sesama sendri. Tingkap yang dia tunjuk tu, berada di belakang aku. Aku bingkas bangun, menyelak langsir. "Hurm, mana ada apa-apa, perasaan kau jerk ni' Aku bingkas menutup tingkap." Kan kita baru lepas baca ya'sin, mungkin benda tu.. hurm tak ada apa-apalah." balas aku lagi. Suara anjing yang tadi menyalak, masih ada, cuma tak sekuat tadi. Malam tu, kami bersepuluh, buat keputusan tidur di ruang tamu, dekat sebulan jugaklah, kami tak tidur dalam bilik. Bila keadaan sudah sedikit reda, barulah kami bertanya dengan Dekna, apa yang dia nampak masa dekat langsir tu, menurut Dekna, kain langsir tu seolah-olah di cerut, Tu yang dia menjerit.



Selepas hari membaca ya'sin. Alhamdulillah kami tak ada gangguan apa-apa. So kami pun rasa gangguan tu dah pergi.. tapi rupanya..... kami leka.........Makhluk-makhluk ni, bagi kami leka dulu..So lepas aktiviti membaca ya'asin, dan tidur beramai-ramai, di dalam rumah tu berlangsung. Kami macam dah letak kan salah satu aktiviti rasmi, seminggu sekali akan ada kan bacaan ya'sin. Tapi  bila kelas dah bermula, pack, maklum lah, kelas akan bermula seawal 7.30 pagi. So jadinya, pukul 5 pagi dah kena bangun. Dan  tunggu bas pada pukul 6 pagi.jadinya, aktiviti-aktiviti itu semakin berkurangan, dan jarang-jarang. Hah masa tu lah gangguang-gangguan bermula lagi selepas lebih kurang 3 bulan. Oh ya lupalah, dulu kan, kami siap letak lada hitam dalam bekas dan letak dekat meja makan, sebelah balang ikan emas. Itu pun ada yang bersuara mengatakan benda-benda macam tu suka dengan Ikan emas. Kata orang lah, kebenaranya tidak tahu lah sejauh mana.



Gangguan yang biasa kami akan dapat, pernah satu hari tu, pintu rumah kami diketuk dengan kuat, dum dm dum dam, tak berhenti. Rasa-rasanya, korang akan buka tak pintu? Jawapannya memang taklah. Bila kami tanya siapa, tak ada jawapan, dan bayang dari bawah pintu, memang tak ada orang. Pelik dah dekat situ. jiran kanan kami, jarang ada rumah, begitu juga dengan yang betul berhadapn kami, cuma yang selalu ada jiran bertentangan sebelah kiri kami, pasangan baru kahwin cina, masa tu wife dia pregnant. So pagi weekend tu, kami tergerak hati nak tegur. Menanyakan sama ada diaorang ada dengar tak ketukkan pintu yang kuat tadi malam, jawapan yang menghampakan tiada. Kami cuba bersangka baik, mungkin yang ketuk pintu tu, budak-budak nakal. Kami mintaklah telefon jiran depan rumah kami, so bila ada orang main-main ketuk pintu, niat hati boleh lah call mereka. Tapi jawapannya NO! So nampaklah dekat sini, semangat kejiranan memang tiada, Ok, abaikan jiran cina tu. So kejadian orang main ketuk-ketuk pintu ni berlarutan berhari-hari, sehinggakan kami terpaksa meletakkan kayu hoki di belkang pintu. In case kalau ada apa-apa, itu senjta yang paling dekat. Mula-mula kitaorang memang cemas, hinggalah suatu malam, kiteorang terpaksa call abang guard. So bila guard tu sampai, tak ada sesiapa. Then tahu tak, kami dapat special case, guard berjaga di hadapan rumah kami. Dia akan lepak bahgian di tangga yang berhampiran rumah kami. Tapi yang peliknya, gangguan tu tiada masa abg guard tu berjaga dekat situ, mungkin hantu takut pada abg guard kot.Hihi



Kejadian tu berlaku lagi, tapi kami 10 orang, buat keputusan, malas nak ambik port. Ketuklah sampai bila-bila pun. Nanti penat dia berhentilah. Redha. Oh ya, selesai sem 1, 2 budak rumah saya, ada yang berhenti belajar, y 1st ni namanya Ina. Ina ni, dia stay dekat bilik masterbed. Menurut roomate Ina, Ina ni ada satu perangai pelik. Dekna dah mula syak, bahwa segala gangguan yang berlaku dalam rumah ni, adalah berpunca daripada Ina. Firasat awallah, sebabnya kata Dekna, Dekna selalu terperanjat, Ina suka mengerbangkan rambut dari katil atas. Ina tidur katil atas. Lepas tu perangai Ina memang pelik-pelik. Tapi bagi aku tak adalah pelik manapun, mungkin aku tak perasan sebab, aku bukanlah sebilik dengan dia pun. Cuma yang aku perasan Ina ni kuat makan, walaupun badan cekeding.



Pastu dia punya tahap keberanian, lain dari yang lain. Pastu cara gelak dia, pelik. Rezeki dia untuk melanjutkan pelajaran dekat kolej ni tak lama, sebab dia mula rasa, dia tak boleh nak carry on. Subjek susah katanya. Mahu tak medic. So housemate yang seorang ni pulak, berhenti sebab, dia ni macam culture shock, family dia decide nak berhenti kan dengan dia. Eh panjang pulak cerita part ni. So, endingnya, tinggal lah kami berlapan. Bilik 1st:2 orang, 2nd room:3 org, ,masterbed:3 0rg.



Selepas kejadian ketuk pintu gila-gila tu, tak ada lah kejadian yang besar-besar. Cuma kami berlapan selalu dengar orang rumah atas baling guling, kemas rumah, tarik perabot tak kira, yang paling best pukul 2 3 pagi ketuk lesung. Aku dengan kak siti selalu jerit dekat tingkap "cik hantar lah makanan, kami lapar!". Gangguan lain, bila semua dalam bilik, memang akan dengar lah dari hall, orang tarik kerusi study kami. Bila usha dekat luar, kerusi semua tersusun.Pastu nampak bayang-bayang orang berjalan, dan baling guli juga. So kami consider penghuni rumah ni suka main guli. Tak scary lah kan?



Pernah satu hari, aku dengan siti berborak "Siti apa kata, kita usha rumah atas nak, selalu sangat buat bising, tarik perabot, kalau siang hari aku gagah lah jugak, ni kalau pukul 2, 3 pagi, aku rasa menyampah" Jawapan siti positif, so kami berdua tekadlah naik floor atas. Guess what? Floor atas yang betul-betul syiling rumah kami, 4-4 pintu rumah tu kosong. KOSONG! Wau~ Kenyataan kami tu di sokong apa bila, kami terserampak dengan aunty yang duduk di tingkat 7. Rumah dia, sebelah kanan lif.  Dia pun cakap rumah kiri bahgian lif tu, memang tak berpenghuni. Mata kasar memang tak berpenghuni.So balik rumah, kami bergosip dengan housemate 2nd room. Hujung minggu tu, budak bilik 2nd room Lala, buat keputusan untuk balik ke kampung, yang terletak di Pahang. So dia dah cerita sedikit sebanyak keadaa rumah tu, pada mak dia. So mak dia akan bawa, pergi jumpa ustaz. Nak tahu tak apa jawapan ustaz tentang rumah kami tu?



Seperti yang di rancang hujung minggu tersebut Lala, pun pulang ke kampung halamannya yang terletak di Pahang, dan seperti yang dirancang oleh ibu kepada Lala, mereka segera berjumpa Ustaz yang di maksudkan oleh ibu Lala. Sebenarnya gangguan yang ada dalam rumah tersebut, tak adalah sekeras dan sekerap seperti awal-awal kami duduk di rumah tersebut. Semuanya masih dalam kawalan dan masing-masing, alhamdulillah di kurniakan semangat yang kuat. Dan sering kali mengingatkan satu sama lain. Ada satu perkara yang kami perasan, biasalah student kan, habis kelas kadang lewat petang, kami ni manusia biasa, pulang dari kelas cadangnya, cuma nak rehat-rehatkan badan tapi kadang terlajak, terlelap. Tidur senja..itu perkara paling pantang, atau mungkin kebetulan, pasti seblah malam, akan berlaku lah gangguan-gangguan, atau juga kalau di sebelah senja, kami terlalu riang gurau senda, ketawa tak ingat dunia, hah tunggulah kesannya. Pernah satu hari, Kak Siti tidur di waktu senja, dia bermimpi kan, kain putih melayang jatuh di sebelahnya. Katanya,seakan bermimpi tapi macam sedar. Ada juga pernah katil kami di gegar. Mula lah memanggil nama satu sama lain "Huda kau but apa dekat atas tu, bergoyang katil ni?" soal siti. Jawapan aku ringkas "Mana ada aku goyang katil,"



Oh ya, lupa pulak, selain itu, sering kali juga kami mendengar suara perempuan menangis, terutamanya di ruang dapur. Pernah satu hari, kami semua sedang khusyuk study, memandangkan exam kurang hampir lagi seminggu. Lala, bercadang untuk ke dapur, untuk membancuh air, jam menunjuk kan hampir pukul 1 pagi. Aku dengan Kak siti, memang lagi prefer study dalam bilik, memandangkan meja study kami pun, dah di angkut masuk dalam ke bilik. Tetiba, terdengar suara Lala menjerit memanggil nama uda. Kami segera keluar dari bilik, "kau kenapa Lala?" itu sahaja dialog kami. "Weyh serius, aku dengar suara perempuan menangis, dekat sangat dengan telinga aku ni, eish meremang bulu roma aku ni," jawab LaLa terketar-ketar. Kak siti menjawab, "Ala La, dia teman kau study tu La" kak siti seloroh. Sejak dari tu, kerap jugak lah kami berlapan mendengar suara perempuan menangis, suara nya halus, mendayu-dayu, meratap, menangis seolah-olah betul-betul di hujung telinga kami, kejadian tu selalu berlaku terutamanya bila kami di dapur.



Berbalik pada Lala. Sewaktu dia berjumpa Ustaz. Lala agak terkejut, belum sempat Lala bercerita, Ustaz seakan tahu hajatnya, dan yang paling musykil, Ustaz tahu kedudukan rumah, ada berapa bilik, di mana dapur, ruang ampaian, bili air, dan bilangan penghuni rumah. Ustaz scan dari jauh, ujar ustaz bilik 1 dan bilik 2, tiada gangguan, cuma masterbed. Ustaz cuma meminta kami, rajin-rajin bersihkan rumah, jangan bagi kotor, terutamanya masterbed. Ustaz tahu apa yang ada dalam rumah ada budak kecil, dan juga seorang perempuan. Yang perempuan tu, dia suka duduk di bawah ampaian, di ruang balkoni dapur.Itu memang tempat dia. Ustaz kata, dia tak kacau orang, cuma dia tak suka kamu semua buat bising, buat kotor tu sahaja. Yang budak kecil tu, memang hobi dia bermain dan bergurau, tu yang kadang dia main tolak-tolak pintu, lari-lari dalam rumah, main guli, tolak kerusi. Mereka semua datang dari luar pada asalnya. Mungkin rumah yang kamu duduki tu, sudah lama di tinggalkan. Ujar Ustaz, ustaz bekalkan Lala dengan satu botol air, untuk di renjis di dalam rumah, dan juga 4 buluh tumpat yang dipotong bulat, untuk diletak di penjuru rumah. Itu semua asbab, dengan bantuan pertolongan dan izinya Allah. Pesan Ustaz.



Pernah juga, pasa satu bulan Ramadhan, orang tua-tua selalu bercakap, mana ada hantu di bulan Ramadhan, tapi entah ya, masa tu aku seorang dekat rumah. Entahlah, aku ni bila berani, berani sangat, bila takut, akan takut sangat. Masa tu lebih kurang dalam pukul 12 tengah malam, dok sibuk oncall. Pintu bilik tertutup tapi tidak berkunci, nak tahu tak apa jadi? Dia main tutup buka pintu. Nak kata angin, pintu dan tingakap semua tertutup. Lama juga, aku biarkan sahaja, tapi lama-lama, fed up lah kan, aku bangun, aku tendang pintu tu dan aku kunci, sambil cakap "Jangan kacau lah, aku tak kacau kau. Pergi main jauh-jauh sana' ujar aku. Alhamdulillah, tak ada pulak dia kacau aku lagi.next update, aku cerita, bila mereka menunjuk kan rupa mereka. Yang ni, memang satu rumah tak boleh tidur.



Sebelum tragedi menjelmakan diri, ada beberapa lagi peristiwa.Tapi sebelum tu, entry yang sebelum ni, bila Lala berjumpa Ustaz, dan pesanan Ustaz. Sebenarnya macam ni tau, aku rasa semua rata-rata bila dah duduk ramai-ramai, paling susah nak handle adalah kebersihan. Tapi alhamdulillah lah, bilik 1 dan 2, yang berkongsi bilik air ni, tiada masalah tersebut. Sebab kami ada jadual, bergilir-gilir membersihkan toilet. Kita pun sedia maklum dan tahu, toilet yang pada mata kasar ni, yang nampak bersih sebenarnya adalah kotor, dan beribu segala jenis mahluk ada dekat dalam tu, kira port mereka. Cuma yang selalu buat kami berlima, geram dan tak tahu macam mana nak tegur, bebudak bilik masterbed, dah lah toilet dia orang dalam bilik, cuba imagine, kalau toilet yang dah sedia bersih pun, tetap dianggap kotor, apatah lagi toilet yang dimata kasar tu sedia kotor? So no wonder lah kan.



Dengan toilet berbau, kain baju di rendam berminggu-minggu. Dan yang paling-paling aku rasa bom atom menjengah atas kepala ni, kotex@pad, di simpan dalam toilet. Kira macam, period seminggu, simpan dalam toilet, then next week sambung orang ke 2, habis orang ke 2 period, sambung orang ke 3 plak. Kalau sempat buang, buang lah..kalau tak sempat, continue orang pertama period next month. Boleh bayangkan dan faham kan? apa yang korang rasa? Boleh lah pulak mereka bertiga ni, sepakat dalam kes dan hal-hal macam tu. Nak kata busy, semua pun busy.Nak bising-bising nanti jadi gaduh, so no wonderlah, ustaz tu boleh agak, budak masterbed yang prob. Pernah satu hari tu, budak masterbed, Dekna, Anis, dan Ima, mereka baru habis dari kelas,masa tu kira senja jugaklah.



Masuk je dalam lif, Dekna tekan butang 6, tiba-tiba, Ima buat hal dan perangai, terus panjat dinding lif. Kalau secara logik, tak kan mampunya, perempuan acah-acah melayu terakhir, nak panjat dinding lif, dekat lif dinding tu, cuma ada tempat pemegang,dan kalau di fikir secara rasionalnya, untuk apa melompat dan memanjat tu? Ima sedar, cuma dia tak mampu nak kawal diri, sampai dekat tingkat 6, dia turun, dan kemudian dia menangis.Dia pun terpinga-pinga tak tahu kenapa dan mengapa dia bertindak macam tu.



Oh lupa, sebenarnya kami berlapan merupakan student medic.So theory class kami, sangat-sangat singkat, lebih kurang 3-4 bulan, selapas tu kami akan praktikal, di hantar merata-rata. So kiranya rumah tu, akan penuh orang bila theory class je, bila masuk praktikal, adalah yang kena practical jauh sampai 3 bulan. Rumah tak pernah lah tak ada orang langsung, kalau ada pun seorang dua, kalau dah jadi macam tu, biasanya dieorang akan menumpang di rumah lain, atau pun, bawak lah kawan-kawan rumah lain tidur di rumah, Cakap pasal rumah lain, ingat tak masa awal entry aku ada bagitahu, yang floor 6 ni, ada 2 buah rumah student. Mula-mula kami ingat, rumah kami sahaja yang ada gangguan, rupanya rumah hujung tu pun ada gangguan ok macam ni lah ceritanya,,,,(ni penceritaan mereka)



Pada satu malam tu, budak bilik pertama rumah hujung, aku gelarkan dia orang A dan B. Dia orang stay late jugaklah, sebabnya bukan study pun, dok layan movie dekat laptop and main handphone. Student life kan, jarang yang kita dengar tidur awal. So malam pun kian larut, Si B tidur katil atas, manakala Si A tidur katil  bawah, B bersuaralah, "eh A, off lah lampu, aku nak tidur dah, ko tengok cerita dekat laptop kan, mana lag feeling kalau on lampu," Si A, ni tak bersuara apa, tekan pause, dan segera ke suis, untuk mematikan lampu. Suasana dalam bilik tu, samar-samar je. Langsir bilik mereka, tak menutup tingkap. Tingkap bilik diaorg ni jenis sliding. So bila malam, bilik gelap, memang jelas lah nampak luar, dengan di bantu oleh lampu jalan kan. B, dah selamat berkeruh.



Si A ni masih gigih dan khusyuk menghadap laptop, entah macam mana, dia rasa macam ada sesuatu yang memerhati kan dia dari tingkap, dalam hati dia berkata,"perasaan aku je ni"..tapi dia rasa lain semacam, seram.. mata dia seakan-akan dipanggil untuk melihat ke arah tingkap..... nahhhhhh........nampak dengan jelas, seorang perempuan dengan muka hodoh, rambut mengerbang, mulut menyeringai menampakkan gigi taring, semua giginya tajam-tajam, dengan mata merah...memandang tepat ke arahnya. Si A ni macam terpaku, nak pandang kiri tak mampu, pandang kanan tak mahu.Mata nya masih tertumpu pada mahluk yang ada pada tingkap tu...makhluk tu semakin lama, semakin ke belakang dan terus hilang. Hilang sahaja dari pandangan, barulah A boleh menggerakkan badanya. Tak tunggu apa, peluh jantan dah keluar, A terus tarik selimut, baca apa yang patut, dan selubung sampai pagi.



Ada juga peristiwa lain, budak rumah block E. Ni pun berdasarkan penceritaan kawan baik aku yang duduk di rumah blok E. Ada satu hari tu, pagi. Gigihlah masak air, dalam kettle elektrik. Sementara tunggu air nak masak tu, dia pun duk lah tengok tv. Selang 10 minit lebih kurang, bila dia rasa air yang di jerang tu dah masak, dia pun bangunlah jengah ke dapur, confident lah, nak buat air milo katanya. Yang memeranjatkan dia, keetle air tu kosong. Air yang dia masak tu, setitik pun tak ada, kettle tu masih panas. Ok dia bersangka baik, mungkin kettle tu bocor, tapi tak ada pulak kesan air, siap testing letak air baru, tak bocor pun. Ok sedapkan hati, mungkin ada yang dah bangun, buat air senyap-senyap, check lah setiap bilik, sah semuanya masih tidur. Haish kawan tu dah pelik.. hurm, breakfast jugak mereka ni.



Dan satu peristiwa lagi, bukan kat rumah aku, tapi dekat block paling yang depan. Diaorang punya rumah dekat floor 14, kira yang paling ataslah.Lif pun sampai floor 14 je. Dekat hujung floor 14 ni, ada satu tangga yang dikunci. Kira tangga tu, menghubungkan floor 14 dengan dengan ruang atas kondo, iaitu tempat tangki air. Dan tangga tu, ada pintu dan berkunci. Nak tahu tak gangguan apa yang mereka dapat, sama macam dekat rumah aku, orang tarik perabut, ketuk lesung.Bunyi tu datang dari tingkat atas. Hurm mana ada orang duduk atas, atas tu tangki air je. Hurm..



Dan gangguang biasa dekat kondo tu, menurut cerita guard yang bertugas. Bila ronda malam, kelibat memakai baju putih tu memang biasalah nampak, dekat kawasan kolam renang, ada pokok kelapa, dia selalu bersantai dekat situ. Pernah gaurd tu cerita satu malam tu, ada satu kereta nak keluar, resident kondo lah, dia memang jelas nampak, kereta tu, cuma ada pemandu je, tapi sekali imbas dia tengok dekat cctv, ada penumpang perempuan berambut panjang, tundukkan wajah, sambil dukung anak, dekat seat bahgian penumpang. Menurut guard lagi kan, banyak juga berlaku kes orang terjun kondo. Sepanjang 3 tahun aku duduk situ pun, ada 2 kes orang terjun bangunan, pecah kepala. Huhu scary tak? scary lah jugakkan, tak pa, nanti ada masa aku cerita dekat new thread pengalaman masa praktikal dekat hospital.



Sebelum tu nak cerita, masa tu aku dengan siti je yang ada kat rumah,yang lain balik kampung, study week,so kami berdua ni bantai tidur sampai tengah hari. Lebih kurang dalam 1 lebih tu, aku dah tersedar, sebab dengar riuh kat dapur. Tapi aku buat tak endah, tiba-tiba, lengan aku, siti pegang, "Huda..." kejut Huda lembut. Aku cuma jawab.. "erm.." "Kau dengar tak apa aku dengar, ada orang tu kat dapur, tu siap bunyi kacau air lagi."ujar Siti perlahan. "Dengar..biarlah...untung-untung kita bangun, air dan makanan dah tersedia atas meja" balas aku. Siti bersuara lagi "Huda aku takut.." keluh Siti. "Eish, kau takut lagi dia buat hal, ko buat tak reti je,"aku sambung tidur. Tak tahu apa jadi dekat siti, bila aku terjaga, dia tengah tengok tv dalam bilik, muka pun tak basuh lagi, jawapannya, memang sah, dia tak keluar bilik. Aku pandang dia, dia pandang aku.Hati kering kan? huhu



Eh, jauh pulak aku cerita, ni nak cerita bahgian paling real, kejadian dekat rumah aku. Masa tu, time praktikal, so yang tinggal kat rumah tu, cuma ada 4 orang. Aku,kak siti, Kecik dan seorang budak bilik masterbed, Anis. Masa tu maghrib, weekend.Anis dalam bilik dia, Kecik pun dalam bilik. Aku tengah main phone, duduk dekat katil, dan bersandar kat dindng. Kira kedudukan katil tu, rapat ke dinding, tapi menghadap tegak ke pintu. Kak siti masa tu tengah bersiram, ececey ayat aku, Hahah Masa tu aku tengah belek phone, sementara nak tungggu turn untuk mandi.Tak adalah khusyuk manapun. Suasana agak seram masa tu, anjing tetiba bunyi menyalak, aku tak ambik pusing, kejadian selalu kalau anjing menyalak tu.Tapi...dari ekor mata aku, ada yang menjengah dari pintu bilik aku yang terbuka.



Kuatkan semangat, yes tekaan aku betul! Ada orang hulurkan kepala,jelas. Rambut dia panjang, jengah, rambut tu tutup bahgian muka. Aku tunduk. Eh perasaan aku je ni, dalam hati berkata "ni mesti Anis, dok nyakat aku" sebab dalam rumah tu, Anis seorang je yang bela rambut panjang. Aku angkat kepala ku pandang semula ke arah pintu. Tiada. Nafas dah berdegup kencang, tapi aku masih boleh kawal. Aku jerit memanggil nama Siti "Siti kau ada jengah aku ke?" siti yang tak berapa nak dengar tu membalas jeritan aku "apa weyh tak dengar" serentak tu siti, mematikan shower, dan dengar dia membuka pintu, mulut ni ringan memanggil nama Anis dan kecik. Meraka pun segera mendapatkan aku. Aku senyum."Dah sah, dia dah berani main tunjuk-tunjuk diri ni"dalam hati cakap. Aku cerita secara ringkas kat diaorang, semua ternganga. Malam tu kami baca Ya'sin dan tidur berjemaah. huhuhu



Next jelmaan, Dekna. Masa tu, tak silap aku, cuti. Semua balik kampung, tapi aku stay rumah kakak aku, kakak aku duduk dekat taman berdekatan dengan kondo yang aku duduk ni. Menurut Dekna, dia pun tak tahu kenapa dia balik, sedangkan dia tahu, rumah tak ada orang. Masa tu dia singgah rumah kejap, dari rumah pakcik dia. Dia cuma teringat kain baju yang dia tak basuh lagi. So dia pun, confident masuk rumah. Kemudian bergegas ke bilik air, nak basuh baju. Depan bilik air masterbed, ada kerusi plastik. Tengah gigih dia memberus baju tu, dia memang rasa dia di perhatikan, tekaan dia tepat.Dia tak berani nak tengok, cuma jeling dari ekor mata, ada perempuan duduk tengah perhatikan dia basuh baju. Tapi benda tu sekejap je. Dekna tak tunggu lama, terus bla.



Inilah pengalaman sepanjang 3 tahun duduk kat rumah tu, cuma aku masuk third year, aku jarang ada kat rumah tu, sebabnya aku stay dengan akak aku. So ulang alik, rumah kakak aku dan kolej..Ada masa aku balik jugak lh rumah. Alhamdulillah, tak adalah sampai kena rasuk. Masing-masing kuat semangat. Aku ni plak memang jenis hati kering,sebenarnya ada peristiwa kenapa aku jadi macam tu. So after batch kami, dah tak adalah penempatan student dekat situ. Sorry lah, cerita tak seseram macam rumah sewa 50, apartment raviera, tapi, bagi kami yang menghadapinya, agak seram jugaklah.. so next aku akan cerita penunggu rumah, rumah kakak aku dan rumah dekat kampung.



http://misteribenuasiamy.blogspot.my/