BAB 1
"Ok baiklah, maka hari ini selesailah hari orentasi bagi anda semua, minggu hadapan anda akan dibawa ke kolej dan memulakan sesi pembelajaran", tutur En Hassan
Hari itu merupakan hari terakhir sesi orentasi bagi Amirul dan beberapa bakal pelajar yang lain, sudah seminggu dia berada di hostel tersebut.. Amirul duduk dibangku yang disediakan diluar kawasan hostel, dia memerhati pemandangan dihadapannya, kawasan gunung ganang, sawah padi luas terbentang menambahkan lagi keasikan dia berehat..
Kolej Teknologi Indra kayangan, Perlis.. Tidak terlintas difikiran bahawa dia akan melanjutkan pelajaran ditempat itu.. Ketika kakinya melangkah dibumi asing tersebut dia menjadi kekok dengan suasana yang dikelilingi oleh sawah padi dan gunung ganang..
Wang Ulu merupakan kawasan hostel yang menempatkan dia dan para pelajar yang lain..
Selama seminggu berada disitu dia dapat belajar menyesuaikan diri dengan suasana kawasan tersebut, akan tetapi yang mencacatkan pemandangan indah disitu adalah kawasan pekuburan yang berhampiran hostelnya, kawasan kubur yang tiada berumput dan hanya terdapat satu pohon pokok kekabu yang berada diatas kawasan tanah kubur tersebut..
"Salam amirul, ape yang kau menungkan tu, jauh mengelamun", tegur aswad kepada amirul, dia merupakan rakan serumah amirul..
"Waalaikumsalam, ohh aswad, takdelah.. aku saja memerhati alam keindahan ciptaan tuhan", ujur amirul pula
"Dah laa, panas dah ni, jom kita masuk rumah, nanti petang kita jalan- jalan makan angin dekat luar lagi yee", aswad memberi cadangan
"Baiklah, aku pon nak mandi & solat ni", balas amirul semula
Mereka berjalan menuju ke kawasan hostel, memandangkan rumah mereka di aras 5 mereka terpaksa naik turun tangga setiap hari.. Hostel C-05 merupakan hostel mereka, dalaman hostel tersebut seperti rumah teres yang memuatkan 5 orang penghuni.. 2 bilik sederhana & 1 bilik bersaiz kecil..
"Asalamualaikum", amirul dan aswad memberi salam
"Waalaikumsalam", serentak balasan daripada helmi, farid & hadi
Helmi, Farid & Hadi merupakan rakan serumah mereka.. Hadi merupakan senior Sem 3 yang menuntut dikolej tersebut..Senja kian berlabuh tirai dan malam menjelma, suasana menjadi sunyi sepi, memandangkan kawasan hostel tersebut berdekatan kawasan bukit dan sawah padi maka bunyi2 ungas serta burung berkicauan jelas kedengaran.. Amirul mengambil angin malam sambil memerhati kawasan sekeliling di luar berandar hostel.. Memandangkan hostel dia berada ditingkat atas maka dia boleh melihat pandangan jelas di kawasan sekeliling..
Ketika sedang asik menikmati pemandangan matanya tertumpu kearah hostel A-05 yang betul2 berada di hadapan hostel mereka.. Hostel itu kelihatan suram sahaja..
"haaa, ape yang kau renungkan tu amirul", sergah Hadi
"Astarfirullah, kau ni hadi, main sergah jee, terkejut aku tahu tak.. Takda laa, aku cuma lihat hostel depan rumah kita ni, takde penghuni ke", soal amirul
"Ohhh.. ada penghuni, Apai nama dia, dia senior last Sem, sepatutnya dia dah lama grad.. Tp dia ni pelik sikit, tak bercampur lansung dengan pelajar lain, kalau pergi kolej tu dah macam tak terurus, mandi pon tak aku rasa, hostel tu pon hanya dia sorang sahaja yang duduk, kalau ada pelajar yang baru masuk habis dihalaunya keluar cari hostel lain", terang hadi
Hampir 3 bulan amirul melanjutkan pelajaran di kolej tersebut.. Rutin hariannya berlalu seperti biasa tampa ada sebarang masalah.. satu hari ketika membuka pintu hostel setelah pulang daripada kolej, dia telah melihat kelibat penghuni hostel A-05 iaitu apai hendak ke luar..
"Asalamualaikum bang, ada kelas ke petang ni", soal amirul cuba untuk beramah mesra..
Akan tetapi soalan amirul hanya dijawab dengan jelingan tajam dan apai terus turun kearas bawah..
"Huh.. berlagak gila, ingat senior bagus sangat laa ape", bebel amirul
"Ape yang kau bebelkan tu mirul", tegur hadi
"Takde ape laa hadi, aku tegur mamat depan rumah tu tadi, tapi sombong nak mampus", rungut amirul
"Huhh.. yang kau pergi tegur dia tu dah kenapa", soal helmi pula
"Saja laa aku nak manis2 mulut, ni aswad dengan farid mana, aku tak nampak pon mereka masa balik kolej tadi", ujur amirul
"Ohhh.. Semalam ada mereka beri tahu nak ke pekan kangar lepas habis kelas", balas hadi pula
"Iya ke, tak mengapa la macam tu, aku nak mandi dahulu ni, dah melekit2 badan aku ni", sambil amirul melangkah meningalkan rakan2nya
Malam semakin menghampiri meninggalkan senja.. sepasang mata merah menyeringai sambil lidahnya terjulur melepasi dada sedang merenung tajam kearah kawasan hostel amirul & rakan2.. Air liurnya menitik di atas lantai mengeluarkan bau yang busuk..
"Farid kau naik atas dahulu, aku nak pergi beli air minuman sekejap di bawah ni", arah aswad
"Ok, kau belikan aku air milo ais sama yee", balas farid
Aswad belari lari anak ketika menaiki tangga, ketika sampai kearas lima tiba-tiba rongga hidungnya menangkap bau yang amat busuk.. Tidak semena-mena matanya memandang ke arah hostel yang berada di hadapan hostelnya.. "Apa yang busuk sangat ni", bisik hati aswad
Dia memberanikan diri untuk melihat kawasan hostel tu, dia meninjau sekeliling kawasan melalui tingkap untuk melihat keadaan dalam hostel tersebut.
Di damensi yang lain tampa dapat dilihat oleh mata kasar, satu lembaga berlidah panjang sedang menjilat-jilat tubuh badan yang berada dihadapannya..
Aswad merasa tidak sedap hati dan belari meluru kearah hostelnya, pintu dikatuk bertalu-talu..
"Kejap2, sabar", jerit hadi dari dalam
"Haaa, kau ni dah kenapa, macam dikejar hantu je", tutur hadi sebaik sahaja dia membuka pintu
"Takde ape, aku tak tahan nak terkencing sangat ni", balas aswad cuba menutup cerita sambil berlalu kearah tandas
Didalam hostel A-05 kelihatan di dalam samar samar cahaya bulan Apai tersenyum menampakkan gigi asunya sambil di kelilingi makhluk berwajah hodoh & ngeri..
"Kamu semua akan mendapat korban selepas ni, apabila bulan dan matahari bersatu aku akan hidup kekal abadi", ujur apai sambil ketawa garau
Keesokan harinya..
"Aswad, bangun laa, kita orang dah siap-siap nak pergi kelas ni, kau takde kelas ke hari ini", soal amirul sambil mengejutkan aswad daripada tidur
"Aku rasa tak sedap badan laa amirul, rasa macam tak larat nak bangun, sengal2 badan aku rasa ni", balas aswad
"Laaa, kenapa ni, kau demam ke", soal amirul sambil meletakkan tapak tangannya kedahi aswad
"Takde panas pon, takpe laa aku habis kelas tengah hari ni, nanti aku temankan kau pergi check dekat hospital", ujur amirul
"Ok, baik amirul", balas aswad
Tangah hari tersebut amirul membawa aswad ke hospital untuk rawatan susulan..
"Mohd Aswad bin Sani, sila masuk", laung pembantu perubatan memangil nama aswad
Sementara amirul menanti aswad didalam bilik rawatan dia duduk dikawasan luar hospital disebabkan malas menanti didalam dan ingin mengambil udara segar diluar..
BAB 2
Sampai di hostel aswad terus merebahkan badannya diatas tilam, dia kelihatan tidak bermaya..
"Macam mana pergi hospital tadi, dokter cakap kau sakit ape" soal farid kepadanya
"Dokter cakap sakit urat biasa jee, mungkin sebab telalu letih tu badan aku tak bermaya", balas aswad
"Jangan2 tersampuk kau ni, tu yang pucat jee muka tu", hahaha.. helmi cuba begurau
"Aaaahh, mengarut kau ni, aku tak cukup rehat je ni, takde ape laa, nanti rehat ok laa ni", balas aswad semula sambil cuba memejamkan matanya
"Kau rehat laa dulu aswad, makan ubat yang dokter bagi tu", ujur hadi kepadanya
Aswad tertidur kerana merasakan terlalu penat..
"Udah laa tu hadi, biarkan aswad tu berehat, jom kita keluar pergi kedai makan depan padang tu, aku teringin nak makan cendawan goreng laa", farid bersuara
"Boleh juga, aku pon bosan ni, boleh juga kita keluar cuci mata dekat luar tu", balas hadi semula
"Kejap-kejap, kami pon nak ikut sama", helmi dan amirul mengekori mereka keluar
Hari senja semakin gelap, keempat sahabat tersebut mula pulang ke hostel setelah lepak mengambil angin petang.. Tidak kurang juga pelajar yang masih mengambil angin dan berjoging diwaktu ini..
Ketika menaiki tangga hostel keempat sahabat ni tercium bau asap kemian..
"Hushh, hushh.. bau ape ni, macam bau kemian laa", ujur helmi
Keempat-empat mata sahabat tersebut tertumpu ke arah pintu hostel A-05 yang berhadapan hostel mereka..
"Eshhhh, takda ape laa tu, jangan tegur.. Dah jom kita masuk", hadi mengarahkan rakan2 dia
Setelah masuk kedalam hostel mereka, menutup pintu dan berehat..
"Helmi, kejutkan aswad tu.. Dah masuk waktu ni, takan dia masih tidur lagi", arah hadi
"Iya laa kejap", balas helmi
"Aswad, aswad, bangun dah ni.. kami ada beli makanan untuk kau, bangun laa makan", helmi cuba mengejut aswad
Masih tiada respon daripada aswad..
"Tidur mati ke dia ni" bisik hati hadi, dia pula cuba mengejutkan aswad
Tiba2 mata aswad merah buntang terbuka, dia duduk secara mendadak sambil melihat amirul, helmi, hadi dan farid satu persatu..
Glup, keempat2 mereka terkedu melihat aswad yang sedemikian rupa..
"Aswad, ni kami ada belikan nasi goreng untuk kau", ujur helmi yang memberanikan diri sambil menghulurkan makanan tersebut
Tiba2 aswad merampas makanan tersebut lalu mengoyakkan bungkusan itu sehingga berterabur diatas lantai.. Perlahan lahan aswad berjalan dan duduk mencankung di depan makanan yang bertaburan itu dan makan dengan lahap sekali..
Matanya buntang melihat amirul, hadi, farid & helmi sambil tangannya masih meyuapkan makanan.. Tidak cukup dengan itu dijelirkan lidahnya sehingga paras dada dan menjilat saki baki makanan yang terdapat diatas lantai..
"Subahanallah, subahanallah", Amirul, helmi & farid beristifar melihat kelakuan aswad
"Aswad kenapa kau ni haa", hadi cuba memberanikan diri menegur
Tetapi pertanyaan hadi hanya dijawab dengan senyuman yang mengerikan
"Jom kita keluar, mintak pertolongan, bukan dia lagi ni", bisik amirul kepada mereka
"Kau pergi turun mintak bantuan amirul, biar kami tunggu disini", arah hadi kepadanya
Amirul berlari dengan pantas menuruni anak tangga, dia meluru kearah rumah warden dan mengetuk pintu..
Sementara itu di dihostelnya hadi, helmi & farid cuba mengawal keadaan..
Helmi cuba melaungkan azan didepan aswad..
"Allahuabar, allahua" tiba2 helmi diserang aswad, dia terpelanting jatuh kerana ditampar oleh aswad.. Kuderatnya yang luar biasa dengan mudah sahaja menjatuhkan helmi yang berbadan besar tu
Sebaik sahaja melihat kejadian itu hadi tidak semena mena menarik dan menendang aswad hingga aswad terdorong kebelakang dan terjatuh dimuka pintu, menggil badan hadi menahan marah..
Aswad jatuh tersembam dan segera melarikan diri keluar daripada situ, dia menuruni anak tangga dan melompat kebawah apabila tiba di aras empat..
"Kau tidak apa2 helmi", soal farid sambil menarik membangunkan helmi
"Aku ok, kejar aswad cepat, jangan biar dia lari jauh", balas helmi kepada farid dan hadi
Tok,tok, tok, tokk pintu bilik en hassan bertalu talu diketuk amirul sambil memberi salam..
"Sebentar, sebentar saya buka pintu ni", ujur cik hassan
"Haa, kamu kenapa ni, ketuk pintu bilik saya kuat2, saya solat sebentar tadi", soal en hassan
" Encik tolong kami, rakan serumah kami kena rasuk", jawab amirul
"Astarfirullahaladzim, rumah kamu aras berapa", soal en hassan
"Aras lima, bilik C-05 encik hassan", ujur amirul
"Aras lima", en hassan termanggu ketika jawapan itu diberikan
"Udahlah, mari kita minta bantuan sama beberapa penghuni hostel yang lain", en hassan memberi pendapat
En hassan dan beberapa senior yang lain berkumpul serta segera menaiki tangga untuk memberi bantuan.. ketika mereka sampai kearas dua, kelibat dua manusia kelihatan sedang belari turun kebawah
"Helmi, farid, hadi, kenapa korang turun.. aswad mana", soal amirul kepada mereka
"Dia dah lari keluar dan terjun kebawah, kami pon tak tahu kemana dia telah hilangkan diri", jawab farid
"Sudah semakin parah ni, cepat kita bahagikan kepada dua kumpulan untuk mencari, hari pon dah semakin gelap gelita ni", en hassan bersuara
Mereka membahgikan kepada dua kumpulan, satu kumpulan mencari dikawasan depan hostel dan sawah padi, manakala satu kumpulan lagi mencari dikawasan kubur dan belakang hostel..
Usaha mencari masih giat di jalankan, tetapi sudah hampir satu jam, kelibat aswad masih tidak dijumpai mereka..
"Udah teruk sangat ni, hampir satu jam kita mencari, tapi masih tidak jumpa", keluh en hassan dan beberapa pelajar di situ
Tiba2 amirul teringatkan abang khalif..
"Iya, abang khalif, dia bagi tahu hubungi dia sekiranya perlukan bantuan", ujur amirul di dalam hati.. Dia segera menghubungi nombor telifon abang khalif
Ketika sedang berehat sambil membaca surat khabar, telifon ustaz khalif berdering.. Dengan pantas ustaz khalif menjawab pangilan tersebut
"Hello, asalamualaikum, abang khalif ke tu", kedengaran suara dihujung talian
"Waalaikumsalam, iya khalif ni, siapa ni yee", soal ustaz khalif pula
"Saya ni amirul,siang tadi abang khalif ada bagi nombor telifon abang kepada saya semasa di hospital", jawab amirul pantas
"Ohhh.. amirul, iya2 saya ingat, ada apa ye amirul call saya malam2 begini", soal ustaz khalif lagi
"Saya nak minta bantuan abang, kawan saya yang bersama saya dihospital tadi telah kerasukan dan menghilangkan diri, sudah puas kami cari tetapi masih tidak jumpa", terang amirul
"Astarfirullahaladzim, iya ke, sekarang amirul berada dimana", soal ustaz khalif
"Saya berada di kawasan Wang Ulu, hostel saya ustaz", balas amirul semula
"Baiklah amirul, saya akan kesana bersama pembantu saya", ujur ustaz khalif
"Baik, terima kasih ustaz, asalamualaikum", jawab amirul
"Waalaikumsalam", segera ustaz khalif menamatkan pangilan
BAB 3
Ustaz khalif dan pembantunya tiba dikawasan hostel Wang Ulu dalam masa setengah jam kemudian..
"Hello, asalammualaikum amirul, saya dh sampai depan hostel ni, awak dimana ye", ujur ustaz khalif sebaik sahaja pangilannya dijawab
"Waalaikumsalam abang, sampai dah yee, sekejap saya datang dekat abang", sambil amirul berjalan pantas kearah hadapan hostel
Amirul berjumpa ustaz khalif dan pembantunya serta menceritakan segala kejadian yang menimpa keatas dirinya dan rakan2..
Dia membawa ustaz khalif dan memperkenalkan kepada en hassan..
"Ustaz khalif rupanya, ingatkan siapa tadi, macam mana ustaz boleh berada disini", soal en hassan
"Amirul yang call dan menceritakan kepada saya mengenai kejadian ini, itu yang say kemari", terang ustaz khalif semula
"Encik hassan kenal abang khalif ni", soal amirul kepada en hasaan
"Ape pula tak kenalnya, ni ustaz khalif, dia pakar dalam perubatan islam dan ada membuka sebuah sekolah tahfis di sini", ujur en hassan
"Ohh.. begitu, ustaz laa rupa ni ye", balas amirul
"Dah laa, mari kita cari rakan awak tu amirul..
Amir ambilkan peralatan saya sekali, bawak besama yee", arah ustaz khalif kepada khalif dan pembantunya
Dia melihat sekeliling kawasan hostel tersebut, terdapat bahang dan aura yang sangat jahat dapat dirasakannya.. Penglihatannya tertumpu kepada sepohon pokok kekabu yang berada betul2 ditengah tanah pekuburan behampiran hostel..
"Kalau sesiapa yang kuat semagat boleh guna minyak ini, sapu di atas kening dan hijab anda akan terbuka untuk melihat dimana budak itu berada", ustaz khalif memberi tahu kepada semua yang ada disitu sambil menghulurkan minyak yang dibuat daripada daun limau purut, serai wangi dan beberapa ramuan lain
Amirul, helmi, farid, en hassan dan beberapa orang yang berada disitu mengambil minyak tersebut dan mengunakannya..
Ketika siap giliran amirul dia memberi pula kepada hadi, tetapi ditolak oleh hadi kerana tidak mahu mengunakan minyak itu.. Tiba ustaz khalif bersuara, "tak perlu kamu bagi kepada dia, dia tidak perlukan minyak tu pon", ujur ustaz khalif sambil memandang hadi
Amirul terpinga pinga kerana tidak mengerti kata-kata ustaz khalif tadi
Ustaz khalif berselawat dan melaungkan azan dihadapan pintu masuk hostel..
"Baiklah semua, mari ikut saya", arah uztaz khalif
Mereka mengekori ustaz khalif sehingga ke kawasan kubur..
"Amir, hulurkan saya garam kasar tu", arah ustaz khalif
Ustaz khalif mengambil garam yang diberikan oleh pembantunya lalu mengengam dan membaca sesuatu.. Selepas itu ditabur ditepi-tepi kawasan kubur.. Tidak berapa lama selepas itu angin bertiup kencang dan disertai kilat sabung-meyabung..
Heheeeeeeeeeeeeeeeeeeeee.. kedengaran suara nyaring sedang mengilai, terus mata-mata yang berada disitu tertacap kepada pohon kekabu ditengah kawasan kubur, dimana tempat kedengaran suara tersebut..
"Astarfirullahaladzim, wahai makhluk durjana, lepaskan manusia tersebut, jangan kau cuba2 mengangu anak cucu adam", ustaz khalif keras bersuara
Amirul cuba melihat dengan siapa ustaz khalif bersuara.. Bagai hendak tercabut jantungnya apabila melihat tubuh aswad di tengek oleh satu makhluk yang hodoh dan mengerikan rupanya.. Mukanya hancur, rambut beserabut, mata kemerahan dan lidahnya tekeluar panjang sedang melilit leher aswad..
Makhluk tersebut hanya merenung tajam kearah ustaz khalif tampa bersuara..
Tiba2 makhluk yang mengawal aswad tersebut terjun kearah ustaz khalif dan cuba menyerangnya.. Nasib baik ustaz khalif cekap mengelak, ustaz khalif menepis lalu membaling garam kasar kearahnya..
"Arrrrrrhhhhhhhh", makhluk tersebut mengerang kesakitan
Ustaz khalif memegang pergelangan tangan aswad dan cuba menjatuhkan aswad bagi mengelaknya terus menyerang..
"Cepat bantu saya", arah ustaz khalif
Dengan pantas beberapa orang yang berada disitu menghulurkan bantuan.. Ustaz khalif membaca ayat ruqyah dan ayat al-quran..
"Wahai makhluk lahnatullah, berambus engkau daripada mendekati manusia ini, atau pon aaku akan hapuskan engkau", keras suara ustaz khalif
"Tidak, tuan aku mengarahkan aku untuk mengambil semangat manusia ini, aku takkan berganjak selagi tidak berjaya... hahahahahaaaa", balas makhluk tersebut sambil mengilai
"Nampaknya engkau mahu diajar dengan kekerasan.. baiklah", laung ustaz khalif
Ustaz khalif bediri dibelakang aswad, diambil sebatang ranting yang terdapat disitu.. "Dengan lafas lailahaillah muhamadan rasullulah, hancurlah kau makhluk iblis", jerit ustaz khalif lalu menghayunkan di belakang belikat aswad
Terdorong makhluk itu kehadapan dan tercampak daripada bahu aswad.. Aswad terlepas daripada kawalan makhluk tersebut, makhluk itu cuba melarikan diri keatas pohon kekabu untuk menyelamatkan diri..
"Siapa tuan kamu", jerit ustaz khalif dari bawah
"Tuan aku, bukan tuan kamu, bila bulan dan matahari bersatu tiada siapa pon akan dapat menewaskan kami", angkuh jawapan makhluk tersebut
"Tuan aku adalah Allah s.w.t, tuhan sekalian alam, tiada yang lebih berhak keatas kami umat manusia kecuali dia yang satu.. aku aku tunjukkan kekuasaannya kepada engkau iblis lahnattullah", ujur ustaz khalif sambil berdoa memohon bantuan
"Buktikan, heeheheeheeeee", ujur makhluk tersebut
Tiba2 kilat memancar dan memanah keatas dahan pokok kekabu tersebut, terbakar dan matilah makhluk yang takbur itu..
"Amir, dan beberapa yang lain lagi mari kita keatas, yang lain jagakan lelaki ini", ujur ustaz khalif
Amirul, helmi, farid, hadi dan beberapa org lain mengikuti ustaz khalif, apabila sampai di hadapan pintu hostel A-05 ustaz khalif memberi arahan untuk memecahkan pintu hostel tersebut..
Kelihatan sekujur tubuh yang sedang mengerang kesakitan..
"Khalif, akhirnya engkau datang juga untuk membunuh aku seperti mana engkau dan guru engkau membunuh bapa aku 10 tahun yang lalu", Apai bersuara perlahan sambil mengerang kesakitan
"Aku bukan datang untuk membunuh kamu, tapi untuk menghentikan perbuatan kamu yang menyembah iblis dan mengorbankan lagi manusia yang tidak bersalah", jawab ustaz khalif tegas
Apai cuba bangun dan menyerang ustaz khalif mengunakan sebilah pisau, tetepi ustaz khalif menepis dan membalas serangan tersebut hingga meyebabkan apai tersembam jatuh kelantai.. ustaz khalif memijak belakang apai dan memulas pergelangan tangannya..
"Amir, cepat dapatkan saya tali, arah ustaz khalif
Mereka mengikat apai dan menghubungi pihak polis bagi tidakan lanjut.. keadaan aswad masih lemah dan tidak sedarkan diri.. ustaz khalif cuba memulihkan semagatnya dengan memberi air bacaan yassin untuk diminum..
Sebaik sahaja pihak polis sampai, apai dibawa kebalai serta akan dihadapkan kemuka pengadilan..
"Amirul, minta kamu dan kawan2 kamu jumpa saya di depan hostel sekejap", arah ustaz khalif
"Baiklah ustaz", ujur amirul sambil berfikir kenapa ustaz khalif ingin menemui mereka
Amirul, helmi, farid, aswad serta hadi datang kedepan hostel untuk berjumpa ustaz khalif..
"Ada apa yee ustaz nak jumpa kami berlima", soal amirul kepada ustaz khalif
"Baiklah, hadi sudahlah kamu mehampiri mereka, dunia kamu dan dunia kami berbeza, lagi pon mereka semua sudah selamat, pulanglah ketempat asal kamu dan bersemadilah dengan aman", perlahan lahan ustaz khalif bersuara sambil melihat hadi
"Apa yang ustaz katakan ni, kami tidak faham", soal mereka lalu melihat ustaz khalif dan hadi dengan seribu pentayaan
"Kalau kamu mahukan kebenaran, saya akan ceritakan kepada kamu semua ape yang berlaku sebelum ini", terang ustaz khalif
BAB 4
Sepuluh tahun yang lalu,
"Lepaskan budak tersebut, dia tidak bersalah, pemujaan yang kamu lakukan ni tidak janjikan kehidupan abadi kepada kamu", jerit Hj ibrahim
"Ini hari yang bagus, selepas habis waktu ini aku akan kekal abadi, apabila bulan dan matahari bersatu tiada siapa yang boleh menewaskan aku", laung zakaria
Gerhana bulan semakin hampir, mata pisau yang tajam berada betul2 di dada hadi, tubuhnya bagai dipegang dan dia tidak dapat mengerakan angota badannya..
"Jangan kau lakukan pekara syirik ini zakaria, masih belum terlambat untuk kau kembali semula kepangkal jalan", ujur hj ibrahim lembut
"Sudah lama aku nantikan saat ini, aku tak akan sia-siakannya... korang semua teruskan baca mentera tu, jangan berhenti walau apa pon terjadi, mereka tidak akan dapat lepas dari benteng yang telah aku buatkan ini", jerit zakaria sambil memerhati benteng yang diikat dengan mentera saitan
"Baiklah, kalau itu yang kau mahu... khalif, syakir tolong laungkan azan disetiap penjuru.. Kopral rahim tolong bediri dibelakang saya", arah hj ibrahim lalu membaca ayat suci al-quran
Khalif & syakir melaungkan azan.. Benteng pertahanan zakaria semakin lemah, apabila melihat gerhana bulan semakin hampir zakaria perlahan-lahan membenamkan pisau kedada hadi tepat kejantungnya sambil membaca mentera.. Melihat sahaja kejadian itu, kopral rahim melepaskan tembakan kearah zakaria tetapi seolah2 ada dinding yang menghalang peluru pistolnya mengenai zakaria.. Setelah selesai laungan azan kopral rahim melepaskan tembakan lagi, kali ini nasib menyebelahinya kerana peluru tersebut tepat mengenai dada dan kepala zakaria.. Mentera yang dibaca tidak sempat disudahinya..
"Bapakkkkkkkk", raungan apai apabila melihat keadaan bapanya
Tamat sahaja cerita daripada ustaz khalif semua mata tertumpu kepada hadi..
"Maafkan aku semua kawan-kawan, tidak ada sekelumit pon perasaan untuk mengapa-apakan kamu, hostel yang kita duduki sekarang merupakan rumah aku yang lalu, aku hanya sunyi dan mahukan teman", ujur hadi
Mereka kaget dengan jawapan hadi, otak mereka masih ligat cuba memahami
"Baiklah hadi, sekarang meraka telah selamat, pulanglah enkau ketempat asal kau semula", ujur ustaz khalif
"Baiklah ustaz, terima kasih.. Selamat tinggal semua sahabat, semogga kita berjumpa lagi dialam yang lain aku amat menghargai pesahabatan kita selama ini", hadi bersuara lalu perlahan lahan hilang dibawa angin
"Hadiiiiiiiiiiiiii!!!!!", Jerit mereka berempat sambil melihat sahabat mereka hilang dari pandangan
Otak mereka ligat memutar kembali saat pertama kali bertemu hadi..
"Busuk sangatlah hostel ni, tak tahan aku tinggal disini, paip air pecah dan tandas pon tak boleh digunakan lagi", runggut helmi
"Aku pon sama, tak tahan tinggal di sini, baik kita jumpa warden untuk meminta tukar hostel lain", ujur aswad pula
Mereka berempat setuju untuk berjumpa en hassan, kita berada diluar karidor hostel tiba2 seorang senior menyapa mereka..
"Apa pasal semua diluar ni, takda kunci nak masuk dalam ke", soal hadi
"Kunci ada bro, tapi keadaan dalam rumah tu teruk sangat, tak lalu kami tinggal", jawab farid
"Tu laa, kami ingat nak jumpa warden nak mintak tukar hostel lain", balas amirul lagi
"Ohhh.. begitu, kebetulan hostel aku pon kosong, tinggal aku sorang sahaja sebab senior2 sebelum ni dah tamat sem lepas.. Tapi hostel aku tinggi sikit laa, nun dekat atas tu, aras lima", ujur hadi
"Ehhh.. Ok juga tu, tak kisah la aras berapa pon, janji bersih dan selesa", jawab aswad
"Jomlah kalau bergitu, mari aku tolong korang pindahkan barang.. Ohh yee, lupa pula, kenalkan aku hadi", mereka saling berkenalan
Menitis air mata ke empat sahabat tersebut membayangi bersahabatan mereka selama ini.. Tenanglah hadi, tenanglah kau dia sana.. kami akan selalu meyedekahkan al-fatihah buatmu, semogga engkau ditempatkan dikalangan orang-orang beriman
BAB 5
HARIAN METRO, 12 Ogos 1998,
Rumah Awam Wang Ulu,Kangar, Perlis
Seorang remaja (Mohd Nor Hadi Bin Razali) berusia 19 tahun telah dibunuh dengan kejam dalam kejadian sebagai melengkapkan upacara pemujaan saitan.. Dia (Mohd Nor Hadi Bin Razali) merupakan penduduk rumah awam yang tinggal di aras lima, ketika kejadian ibubapanya tiada dirumah kerana menziarahi saudara mereka di Ipoh, perak. Dengan bantuan Tuan Guru Hj. Ibrahim dan beberapa anak muridnya dari kiri (Mohd Khalif & Syed shakir) telah berjaya menumpaskan aktiviti ajaran sesat tersebut.
Ketika dalam pergelutan pihak polis telah melepaskan beberapa das tembakan kearah ketua kumpulan mereka menyebabkan dia (Zakaria Bin Hassim) mati ditempat kejadian.
Anak ketua ajaran sesat itu juga (Nor Apairudin, 15 tahun) dan beberapa pengikut yang lain telah berjaya diberkas dan akan dihadapkan kemuka pengadilan..
"Aku akan balas dendam terhadap kematian bapa aku", jerit apai setelah pihak makamah membaca keputusan hukuman yang akan dijatuhkan keatasnya
TAMAT
Sumber : K.P.T
Bahan Di Update Oleh : Admin Mawar Berhantu (M.B.A.M@Team)